Nasib ilmu Faraid 8:16 PM

Pengurusan pewarisan dalam Islam sangat penting terutama dalam zaman moden ini dimana kita berhadapan dengan pelbagai cabaran baru. Antara cabarannya ialah kecenderungan masyarakat kita yang mementingkan kebendaan sehingga boleh mencetuskan pertikaian, perbalahan, pergaduhan serta permusuhan di antara suami isteri, ibu bapa, anak beranak, saudara mara atau sebagainya. Apabila kebendaan dijadikan kayu ukur utama, krisis keluarga lebih mudah berlaku dan rumah tangga mudah menjadi porak peranda.
Krisis keluarga akibat kepentingan kebendaan bertambah parah dengan tiadanya kefahaman masyarakat kita tentang ilmu pembahagian harta pusaka atau apa yang disebut sebagai ilmu faraid.
Ini adalah kerana ilmu faraid merupakan ilmu yang mula-mula diangkat dari umat manusia. Selain daripada itu, ilmu faraid juga merupakan ilmu yang penting sehingga ia dianggap seperdua daripada ilmu.Sehubungan dengan ini Rasulullah s.a.w. bersabda :

Hendaklah kamu pelajari ilmu faraidh, maka sesungguhnya ilmu faraidh adalah suruhan dari agama kamu dan bahawasanya ilmu faraidh adalah seperdua daripada ilmu dan yang mula-mula dicabut dari umatku.”(Riwayat Ahmad)

Sesungguhnya ilmu faraid itu dicabut bukan dengan dicabut dari manusia tetapi dengan kematian para ulama yang boleh membicarakannya. Ini sesuai dengan sebuah hadis Rasulullah s.a.w :
“Allah s.w.t tidak mengambil ilmu Islam itu dengan cara mencabutnya dari manusia. Sebaliknya Allah s.w.t mengambilnya dengan mengambil para ulama sehingga tidak tertinggal walaupun seorang. Manusia melantik orang jahil menjadi pemimpin, menyebabkan apabila mereka ditanya mereka memberi fatwa tanpa berdasarkan kepada ilmu pengetahuan. Akhirnya mereka sesat dan menyesatkan orang lain pula ” (Mutafaq ‘alaih)

Hadis-hadis di atas nampaknya memperkatakan apa yang sedang berlaku pada masa ini kerana tidak ramai dikalangan ulama kita yang mahir dalam bidang faraid. Malah tidak banyak surau atau masjid yang membicarakan tentang ilmu faraid sebaliknya kuliah-kuliah yang diadakan di kebanyakkan masjid berputar disekitar rukun Islam yang lima. Rata-rata seseorang yang ingin mengetahui tentang ilmu faraid terpaksa menunggu seminar atau bengkel yang jarang sekali di adakan. Ini adalah kerana untuk memahami ilmu faraid, seseorang itu harus menggarap dengan baik ilmu usul dan ilmu hisab sekali gus. Mungkin kurangnya kefahaman tentang ilmu faraid membuat sebahagian umat Islam memberikan komen yang negatif terhadap ilmu faraid. Sebaliknya mereka yang faham tentang ilmu faraid telah memberikan komen yang baik walaupun mereka terdiri daripada orientalis yang sentiasa mencari jalan untuk memperlecehkan hukum Islam. Sebagai contoh, seorang orientalis yang bernama Rumsey menyatakan:

Pembahagian harta pusaka dalam Islam tidak syak lagi merupakan sistem perundangan harta yang paling baik dan canggih yang pernah diketahui oleh dunia bertamadun”

Sementara itu, seorang lagi orientalis, Professor N. J. Coulson yang pernah mengajar di School of Oriental and African Studies (SOAS), University of London menyatakan,

”Undang-undang pembahagian harta pusaka dalam Islam merupakan suatu pencapaian teknikal yang mantap dan sayugianyalah ilmuan Islam berasa bangga dalam ketepatan matematik dalam menentukan hak mana-mana waris, dalam keadaan apa sekalipun, boleh ditentukan.”

Oleh itu, mengapakah orang yang bertitlekan islam sendiri menolak dan dipersoalkan kewujudan dan keadilan ilmu ini pada masa kini? Sedangkan orang bukan islam sendiri menyedari akan kebaikan ajaran Allah ini.. renung-renungkan..

coretanku..... 10:01 AM

Alhamdulillah, bersyukur saya kehadrat Ilahi kerana dengan berkat dan izinnya dapat juga saya menyiapkan blog atau tugasan yang ditugaskan kepada saya. Tugasan ini merupakan tugasan individu kepada pelajar tahun 3 Jabatan Dakwah Dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Walaupun pada awalnya tugasan ini dirasakan amat berat, tetapi kini barulah saya sedar bahawa ia sangat bermanfaat . jika sebelum ini saya hanya mendengar perkataan blog, tapi hari ini saya telah berjaya mencipta sebuah blog saya sendiri hasil dari usaha sendiri. Terima kasih saya ucapkan kepada pensyarah saya Dr. Zulkifli bin Abdul Ghani kerana tunjuk ajar yang diberikan. Terima kasih juga kepada rakan-rakan yang memberikan tunjuk ajar.

Konsep blog saya ini adalah berasaskan perkongsian ilmu dan informasi yang bermanfaat. Blog saya mengandungi isu-isu, artikel, dan rencana yang berkaitan dengan hal-hal berbangkit contohnya akidah, ekonomi, pembinaan keluarga dan lain-lain. Blog saya ini diberi nama "mencari sinar yang hilang" berdasarkan konsep dan matlamat blog saya ini. Seperti yang telah dikatakan tadi, blog ini berkonsepkan perkongsian ilmu, jadi mencari sinar yang hilang ini simbolik dari konsep saya. Sinar yang dimaksudkan ialah ilmu-ilmu yang tidak ternilai dan tidak akan ditemui melainkan dengan cara kita yang mencarinya.


Semoga niat murni saya untuk sama-sama berkongsi ilmu dan informasi mendapat keredhaan allah dan sekaligus dapat memberi manfaat kepada orang lain. Wassalam..

POLITIK ISLAM YANG AGUNG 9:00 AM

POLITIK ISLAM YANG AGUNG
Sebaik-baik pemimpin kamu, adalah orang yang kamu cintai, mereka pun mencintai kamu. Kamu mendo’akan mereka, mereka pun mendo’akan kamu. Dan seburuk-buruk pemimpin kamu, adalah orang yang kamu benci dan mereka pun membenci kamu. Kamu melaknat mereka, dan mereka pun melaknat kamu.”
(H.r. Muslim dalam Shahih Muslim)
Inilah gambaran sifat pemimpin politik yang menjalankan kepemimpinan politiknya dengan betul, sehinggalah melahirkan kecintaan rakyat kepada mereka. Bila, mereka disebut sebagai pemimpin politik yang dicintai rakyat, dan sebaliknya, bilakah pula mereka dibenci oleh rakyat? Hadits di atas telah memberikan gambaran yang cukup jelas. Iaitu, ketika pemimpin politik tersebut melakukan fungsi politik yang dibawanya dengan baik. Ia dicintai rakyat, kerana ia mencintai mereka. Ia dido’akan rakyat, kerana ia mendo’akan mereka. Dan bilakah pula, ini semua terjadi?. Iaitu, ketika ia sebagai pemimpin politik telah memberikan seluruh hak rakyat. Ia menjalankan kewajiban sebagai pemimpin dengan adil, tidak menindas, atau bertindak zalim. Melayani semua lapisan rakyat dengan sama, tanpa dibeza-bezakan. Cintanya kepada rakyat timbul dari rasa tanggungjawabnya yang tinggi kepada mereka. Kerana takut ianya tidak boleh mempertanggungjawabkan hisab atas tanggungjawab rakyatnya di hadapan Allah SWT.
Bukan hanya terhadap orang Islam baginda berlaku adil, malah terhadap orang non-Islam pun baginda berlaku sama. Pernah baginda membunuh orang Islam kerana orang Islam itu telah membunuh orang Yahudi yang menjadi rakyat negara Islam, ahli ad-dzimmah, yang darah, harta dan kehormatannya baginda jaga. Kata baginda: “Sayalah orang yang paling berhak menunaikan dzimmah (jaminan) seseorang.” Dalam riwayat yang lain, baginda mengatakan: “Sesiapa sahaja yang membunuh satu jiwa yang terikat dengan perjanjian, dimana ia memperolehi jaminan Allah dan Rasul-Nya, maka orang itu telah membatalkan jaminan Allah. Dan dia tidak akan mencium bau syurga.”
Jaminan inilah yang diberikan oleh baginda Rasulullah saw. kepada seluruh rakyat tanpa memandang bangsa, agama dan lain-lain. Disinilah, konsep kepemimpinan politik baginda ditanamkan: “Pemimpin yang menjadi pemimpin manusia adalah seumpama pengembala, yang merupakan satu-satunya orang yang bertanggungjawab terhadap gembalanya.” (H.r. Muslim, Abu Dawud, At-Turmidzi dari Ibnu Umar) kata baginda suatu ketika, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Muslim. “Imam itu adalah perisai, yang akan menjadi pelindung bagi orang yang ada di belakangnya. Orang akan berperang dibawah komandernya.” (H.r. Muslim dari Al-A’raj) ungkap beliau dalam kesempatan yang lain.
Inilah kerangka utama pemikiran politik baginda Rasulullah saw. Pemimpin adalah pengembala, sehingga dia tidak akan menjadikan ‘gembalanya’ sebagai mangsa iaitu rakyat yang dipimpinnya. Tidak akan memakan hak-hak rakyat atau memerah rakyat seperti lembu perahan. Membiarkan rakyat kelaparan, tidak adil dalam mengasaskan konsep pembangunan yang hanya mengutamakan orang-orang kaya, sanak kerabat dan kroninya, sedangkan rakyat secara am dibiarkan menderita. Mereka selalunya menyalahkan rakyat, dan bukannya merasa bersalah serta wajib bertanggungjawab atas kesalahan yang dilakukan oleh rakyatnya. Inilah pemimpin yang menjadi perisai.
Inilah sepintas-lalu wajah politik Islam yang agung itu. Wajah politik yang menjunjung tinggi keadilan, kesamaan darjah, menghormati maruah, harta dan nyawa manusia. Ketika itulah tamadun manusia, masyarakat dan bangsa yang sebelumnya tidak dipertimbangkan dan tidak pernah masuk dalam catatan sejarah, tiba-tiba menjadi sebutan sejarawan di mana-mana. Tamadun yang sama sekali asing, baru dan original (asli), sehingga digambarkan oleh baginda: “Islam ini nampak asing, pada mulanya.” (H.r. Muslim). Betapa tidak, tamadun Barat yang penguasa dan diktator itu telah menjadikan bangsa Eropah ketika itu sebagai hamba manusia. Pemimpin dianggap dewa, sehingga tidak pernah bersalah. Dibandingkan dengan Islam, sebagaimana doktrin Nabi: “Tidak ada yang lebih mulia di antara kalian, kecuali takwanya.” Sehingga baginda sendiri meminta cadangan/usulan dan selalu mengajak sahabat-sahabat baginda bermesyuarat. Mesyuarat bagi baginda, adalah wajib, manakala bagi umatnya yang lain hukumnya sunnah. Padahal, baginda adalah Rasul yang maksum, yang tidak pernah melakukan kemaksiatan (Al-Ihkam Fi Al-ushuli Al-Ahkam, Al-Amidi, I/130).
Inilah doktrin politik Islam yang agung itu. Amanah yang lahir dari takwa, iaitu rasa menjaga diri yang dimiliki manusia, terhadap melakukan atau meninggalkan perbuatan yang mengakibatkan siksa neraka. Itulah takwa. Pemimpin yang bertakwa inilah yang tidak akan sanggup melakukan pengkhianatan kepada rakyatnya. Pemimpin yang amanah inilah yang akan dicintai oleh rakyatnya. Inilah imej kepemimpinan nubuwwah yang oleh Nabi disebut: al-khilafata ‘ala minhaji an-nubuwwah, pewaris kepemimpinan politik Nabi yang mengikuti panduan kenabian. Inilah sistem politik Islam yang agung itu, iaitu sistem politik yang menguruskan urusan umat dengan menerapkan syari’at Islam secara keseluruhan di dalam Islam dan luar negeri.
Memang, sejarah Islam telah dipenuhi dengan tiga wajah kepemimpinan politik: al-khilafata ‘ala minhaji an-nubuwwah, sebagaimana yang kita lihat dalam kekhilafahan Abu Bakar, Umar bin Khattab, Utsman bin Affan, Ali bin Abi Thalib. Setelah itu, sejarah dunia Islam mengalami pergeseran dari al-khilafata ‘ala minhaji an-nubuwwah menjadi al-mulkan ‘adhudhan (kepemimpinan politik yang diliputi penyimpangan), dimulai dari Mu’awiyah bin Abi Shafyan, Yazid bin Mu’awiyah hingga seterusnya sampai runtuhnya Khilafah Islam, kecuali dua tahun masa kepemimpinan Umar bin Abdul Aziz (717-720 M), keturunan khalifah agung Umar bin Al-Khattab, yang disebut al-khilafata ‘ala minhaji an-nubuwwah, oleh ahli sejarah Islam meski kemudian dibunuh oleh sanak-saudaranya. Dan setelah hancurnya Khilafah Islam, sejak tahun 1924 sampai sekarang, kepemimpinan politik di dunia Islam diwarnai dengan al-mulkan ‘jabariyan (kepemimpinan politik yang berkuasa dan diktator).
Jika didalam catatan sejarah sistem politik Islam yang agung ini hanyalah sesuatu yang uthopia (khayalan) namun, sejarah (kecuali sirah Nabi dan sahabat) memang tidak boleh dijadikan sumber hukum, bahawa sistem politik Islam yang agung itu hanyalah suatu yang berbentuk uthopia. Tidak. Sebab, sejarah bukanlah nas syara’, seperti Al-Quran atau As-Sunnah ataupun sirah Nabi. Disamping itu ia sangat dipengaruhi oleh penulisnya. Itulah hakikat sejarah.
Oleh kerana itu, dunia kini telah kehilangan sumbangan besar sistem politik Islam yang agung itu, kerana institusi politik yang agung (khilafah Islam) itu telah dimusnahkan, oleh orang kafir, Barat dan Timur, melalui Mustafa Kemal Attaturk. Seorang pejuang kebangsaan Turki, keturunan Yahudi Dunamah (Selonika). Dunia memerlukan keadilan, amanah, kesamaan darjah, pemeliharaan maruah, yang tidak boleh diberikan oleh sistem politik ketika ini. Dunia memerlukan al-khilafata ‘ala minhaji an-nubuwwah. Semoga kita menjadi Generasi Khilafah yang dijanjikan membawa kemenangan Islam.


KEPINCANGAN BILA ISLAM DIPISAHKAN DARI PEMERINTAHAN DAN NEGARA 12:51 AM

Hampir sebahagian besar negara-negara yang ada di dunia sekarang telah dipengaruhi oleh polusi udara sekularisme yang memberikan pengaruh kepada fikiran manusia-manusia yang menjurus kepada sikap mengagungkan hasil-hasil fikiran manusia dalam bentuk hukum-hukum, aturan-aturan, norma-norma yang gersang dari nilai-nilai, norma-norma, hukum-hukum yang datangnya dari Allah swt.

Generasi-generasi baru hasil pengaruh polusi udara sekularisme ini menganggap bahwa apa yang datang dari Allah swt merupakan suatu yang lapuk yang tidak sesuai dengan kenyataan sejarah. Sehingga tanpa disedari dengan lahirnya generasi-generasi hasil pengaruh sekularisme ini secara lambat laun memusnahkan pikiran-pikiran yang mengarah kepada jalan Allah.

Pemisahan agama dari pemerintahan dan negara merupakan salah satu usaha untuk membebaskan manusia dari ikatan-ikatan yang datangnya dari Allah. Dengan usaha-usaha inilah manusia mengharapkan bahawa dengan perasaan dan fikirannya dapat lahirlah masyarakat yang sekular yang bebas dari aturan, hukum, norma yang datangnya dari Allah.

Disinilah Islam tampil dengan membawa konsepsi pemerintahan dan kenegaraan yang sangat berbeza dengan pemahaman manusia-manusia hasil didikan dan pengaruh masyarakat dan negara sekular dengan berdasarkan pada ayat al-quran yang bermaksud:

"Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum diantara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat" (An Nisaa, 4: 58).

Jelas tergambar Islam tidak memisahkan lembaga kenegaraan dari kehidupan ummat manusia. Bagaimanakah mungkin hukum yang datangnya dari Allah tertegak apabila tiada lembaga kenegaraan yang mengatur, menjalankan dan mengawasi hukum-hukum itu. Tidak mungkin hukum-hukum Allah bisa tegak di atas dunia ini apabila tidak ada lembaga kenegaraan.

Berapa banyaknya ummat Islam yang sekarang bertebaran di diseluruh dunia ini, tetapi karena belum adanya kelembagaan negara yang mengatur, menjalankan dan mengawasi hukum, aturan, norma yang datangnya dari Allah swt secara menyeluruh, maka tetap saja hukum, aturan, norma yang datangnya dari Allah swt akan berada dibawah hukum, aturan, norma yang datangnya dari lembaga kenegaraan yang sekular.

OK vs KO 11:28 PM

Mahasiswa merupakan aset yang penting dalam sesebuah negara kerana mahasiswa mampu mengeluarkan idea-idea dan pandangan yang bernas dalam memastikan kestabilan negara. Mahasiswa juga merupakan pemangkin kepada pembangunan negara. Golongan inilah yang bakal lahir menjadi tenaga pakar dalam bidang ekonomi, kedoktoran, guaman dan lain-lain.

Jika diperhatikan pada masa sekarang, pelajar IPTA/IPTS seolah-olah tidak menyedari kepentingan mereka di dalam masyarakat. Mereka seolah-olah terlupa mereka akan kembali kepada masyarakat dan seharusnya menabur jasa dan bakti kepada masyarakat dan negara. Oleh hal demikian mereka seharusnya mempunyai sifat dan personaliti sebagai seorang yang intelektual.

Namun, tingkah laku pelajar IPTA/IPTS pada masa kini amat menyedihkan apabila seringkali tersiar di kaca television dan tertulis di akhbar mengenai tingkahlaku yang negatif yang dilakukan. Contohnya seperti yang dilaporkan di dalam Harian Metro mengenai pelajar-pelajar IPT yang mengadakan "pesta seks" di rumah sewa mereke. Perkara sebegini tidak sepatutnya dilakukan oleh individu yang diketegorikan sebagai golongan intelek yang pastinya mempunyai minda yang bijaksana. Tetapi mengapakah hal sedemikian berlaku????? Sama-samalah kita renungkan dan mengkoreksi kesilapan diri kita. Sekian. Renung dan fikirkan….

SUKARKAH UNTUK BAHAGIA???? 10:02 PM

Mengapa sukar bahagia? Kadangkala kita seringkali bertanya di manakah kebahagiaan itu atau mungkin juga kita memikirkan mengapa kebahagiaan itu sukar hadir dalam istana yang kita bina bersama pasangan atau ada yang bertanya mengapa kebahagiaan saya kian menjauh. Sebenarnya jawapan kepada kesemua persoalan itu ada di dalam diri kita sendiri. Yang menjadi musuh kita selama ini adalah sikap. Mahu atau tidak mahu sahaja untuk berubah. Bermulalah dengan mendefinisikan syurga rumahtangga anda sendiri. Hakikat yang mesti diterima adalah syurga orang lain tidak mungkin sama dengan apa yang ingin dibina oleh kita. Ayat yang lebih mudah, kebahagiaan dalam kamus kita mungkin berbeza dengan kamus kebahagiaan orang lain. Merasa bahagia itu terlalu subjektif untuk dihuraikan. Jadi, ciptakan kebahagiaan itu sekarang sebelum kita kehilangannya. Ada beberapa perkara yang kita anggap remeh namun ianya amat berkesan dalam membina perhubungan berumahtangga antara kita dan pasangan. Ianya termasuklah mengelipkan mata pada pasangan sesekali, memilih lagu yang boleh dinyanyikan bersama sewaktu memandu atau ketika beristirehat di rumah pada hujung minggu dan hari cuti atau setidak-tidaknya suami menyediakan sarapan untuk isteri dan anak-anaknya. Pernahkah kita bertanya ‘sesekali’ kepada pasangan, “Apakah yang saya boleh buat untuk membuatkan awak merasa bahagia?” Pernahkah kita bertanya begitu? Tepuk dada tanyalah selera! Tidak sukar sebenarnya untuk mencipta bahagia. Jika orang lain boleh bahagia dengan cara mereka, kita juga punya cara untuk mencipta bahagia di dalam ‘syurga impian’ kita menurut kepada acuan kita sendiri. Tidak sukar sebenarnya! Berubahlah sedikit demi sedikit. Paling utama selalulah berdoa kepada Allah untuk pasangan dan anak-anak. Mohonlah untuk kekalkan keharmonian dalam kehidupan berumahtangga. Bukankah Allah berfirman, antara lain maksudnya : “ Mohonlah kepada Aku nescaya Aku akan kabulkan.

Serangan Pemikiran ke atas Aqidah Umat Islam 8:51 PM

Ketika kerasulan Nabi Muhammad (SAW), sudah wujud asas-asas ketamadunan di Rom, Parsi, India dan Cina. Malah masyarakat Yunani sudah membina tamadun falsafah yang kuat pada waktu itu. Dalam masa yang sama setelah melalui 600 tahun untuk Kristian mambina asas kefahaman ketuhanannya; sekarang telah berlaku pergolakan dalam aqidah kristianiti yang berdasarkan falsafah Greek itu. Sikapnya yang jumud, menidakkan faktor ilmu dan melawan naluri kemanusiaan untuk maju menyebabkan fahaman itu ditolak oleh arus tamadun yang rancak berkembang.
Jika diperhatikan bentuk-bentuk mukjizat Nabi-nabi sebelum itu didatangkan untuk menyelesaikan permasalahan semasa yang berbentuk visual dan keajaiban yang dapat dilihat mata kasar. Contohnya pada zaman Nabi Musa (AS), baginda terpaksa berdepan dengan cabaran dan amalan sihir yang meluas diamalkan oleh masyarakat ketika itu sehingga wujud pusat-pusat pengajian ilmu sihir. Namun mukjizat Nabi Muhammad (SAW) adalah berbeza, yang diturunkan dalam bentuk ilmu yang mencabar akal pemikiran manusia.
Pada zaman kerasulan Nabi Muhammad (SAW) orang-orang Nasrani dan Majusi di Makkah bebas mengamalkan agama mereka tanpa halangan masyarakat. Begitu juga Yahudi yang kuat berpegang kepada Monoteism; menegah pengikutnya daripada membincangkan sifat sifat Tuhan. Nasrani juga mempercayai yang sama. Tetapi mengapakah kedatangan Islam yang juga membawa konsep monoteism ditentang?
Golongan Mu’tazillah yang timbul selepas itu telah berdepan dengan kaum Nasrani dan mencabar mereka dengan logik akal. Namun golongan itu kini dikritik kerana ta’asub kepada logik akal. Imam Al-Ghazali sendiri bersikap mempersoal dan mencari jawapan. Katanya, “If I have no doubt, how can I be sure?”. Aqidah Islam dibina atas kefahaman dan keyakinan yang kukuh kepada wahyu yang diturunkan.
Umat Islam perlu memahami unsur-unsur yang terdapat di dalam tamadun Islam dan Barat demi untuk menghargai agama yang dianuti mereka. Tamadun Barat berkembang apabila ia meninggalkan agamanya kerana agama itu (Kristian, Yahudi dan Nasrani) sendiri menolak kemajuan dan ilmu. Sebaliknya Tamadun Islam naik dan berkembang bersama dan kerana agamanya.
Oleh kerana disiplin ilmu di Barat hanya tertakluk kepada pembuktian oleh pancaindera dan method empirikal, tanpa menilai faktor roh/spirit maka bidang falsafah semakin terpinggir dewasa ini. Namun dalam masa yang sama mereka jatuh ke dalam dilema kerana hanya menggabungkan persoalan apa dan bagaimana tetapi tidak berupaya menjawab persoalan mengapa

Ojo Kelalen 3:06 PM

1. Jika anda makan satay, jangan pula lupa timunnya, sebabnya memakan satay bersama karbon yang terhasil selepas pembakaranakan mendatangkan kesan karsinogen ! Apa bendanya karsinogen tu?(Ianya ialah suatu keadaan yang menyebabkan barah). Timun pulaadalah anti-karsinogen.

2. Jangan makan udang selepas mengambil pil vitamin C ! Yang mana andaakan mati keracunan Arsenik dalam beberapa jam sahaja.

3. Cuba yang ni bagi penggemar makanan ni "Bah Kut Teh" (babi).Banyak orang Cina suka makan yang ni, lihatlah sebelum terlambat. Cuba tuangkan Coke (minuman bersoda) atas kepingan daging babi tu dantunggu sekejap, anda boleh tengok ulat berenyut-renyut keluar darisana . Fakta diperolehi dari 'Health Corporation of Singapore '.

4. Barah akibat penggunaan bahan dalam Shampoo . Balik rumah danpergi periksa. Tukarlah ke jenama lain sebelum terlambat, jikakandungan dalam shampoo anda mengandungi Sodium LaurethSulfate atau ringkasnya SLS. Bahan ini akan menyebabkan barahdalam jangka masa yang panjang dan ini bukannya jenaka. Shampoo yang disahkan mengandungi bahan ini ialah; VO5, Palmolive, PaulMitchell, L'Oreal, Hemp Shampoo terbaru keluaran body shop, NatureForce dan lain-lain lagi. Shampoo Clairol's Herbal Essence adalahsatu-satunya yang mengandungi Sodium Laureth Sulfate secara tunggal. Meskipun pertanyaan telahpun dibuat terhadap syarikat ini dan jawapandari mereka ialah, "Ya memang kami dah tahu masalah ini tetapi kamitidak boleh melakukan apa-apa kerana kami memerlukan bahan yang boleh mengeluarkan busa yang banyak". Dalam pada itu, Pasta Colgate & DeeDee (untuk kanak-kanak) turut mengandungi bahan yang sama untukpenghasilan busa.

5. Kepada penggemar makanan jenis mee segera (tak kiralah maggi,koayteow dsb), Pastikan berhenti makan dulu sekurang-kurangnya 3 hari selepas mengambil mee segera sebelum mengambil paket yang seterusnya.Maklumat yang dikongsi bersama dengan seorang doctor. Keluarga saya telah menghentikan pengambilan makanan ini setelah mendapat tahuberkenaan salutan wax ke atas makanan ini. Inilah yang menyebabkan meesegera tidak melekat antara satu sama lain apabila dimasak. Telah dinyatakan terdahulu melalui SEORANG AKTOR dari SBC (sekarang nidikenali sebagai TCS). Beberapa tahun lalu, yang mana kariernyamembuatkan beliau sangat sibuk untuk memasak, jalan mudah mengambilmee segera setiap hari. Kemudiannya beliau disahkan menghidap barah. Barahnya disebabkan wax dalam mee segera. Doktor juga memberitahu yangbadan manusia memerlukan 2 hari untuk membersihkan wax dari sistembadan. Seorang lagi mangsa yang serupa ialah Pramugara dari SIA yangmana setelah berpindah dari rumah ibunya ke rumahnya sendiri, Dia tidak memasak tetapi kerap makan mee segera. Dia didapati menghidapbarah dan mati selepas itu. Sekarang ini tindakan memakan mee segerabolehlah diistilahkan sebagai 'makan untuk mendapat barah'. Kalau istilah James Bond, 'Licence to kill!'

6. Bawang Goreng segera , Seorang kawan melawat ke sebuahperusahaan kecil membuat bawang goreng, dan melihat terdapatbanyak straw minuman. Yang bewarna dan tidak bewarna diasingkan. Apa yang mengejutkan ialah straw yang tidak bewarna dicampur bersamagorengan bawang yang bertujuan apabila plastik straw tersebutdipanaskan, ianya melebur lantas menyaluti bawang tersebut. Sebabitulah kalau bawang goreng segera yang dibeli terdedah kepada udara tak akan lembik tapi kalau kita buat sendiri lembik dalam masa yang singkat.....

inflasi oh inflasi... 12:18 PM


Inflasi merupakan masalah ekonomi yang timbul akibat daripada terlalu banyak wang mengejar jumlah kuantiti barang atau perkhidmatan yang sedikit. Fenomena ini menyebabkan peningkatan harga secara umum , berterusan dan tidak terbatas dalam ekonomi.

Menurut Ekonomi Islam, inflasi berpunca daripada beberapa faktor yang berbeza. Sarjana Islam Ibnu taymiyah menggariskan faktor inflasi terbahagi kepada 2 jenis. Jenis yang pertama ialah berpunca daripada salahlaku manusia dan yang kedua inflasi berlaku berdasarkan ketentuan Allah. Selain daripada itu, inflasi juga boleh berlaku apabila berlakunya penurunan penawaran akibat bencana alam seperti kemarau dan banjir atau peningkatan permintaan akibat pertambahan penduduk di sesetengah kawasan. Inflasi seperti ini tidak melibatkan unsur-unsur kezaliman.

Oleh sebab inflasi yang tidak terkawal akan membawa keburukan kepada masyarakat maka Islam telah menggariskan beberapa kaedah penyelesaian yang berbeza mengikut faktor peyebab inflasi tersebut. Antaranya Islam telah menekankan aspek pendidikan kepada pengguna sama ada factor isi rumah, kerajaan, atau swasta. Konsep kesederhanaan yang wujud prinsip perbelanjaan dan penggunaan dalam ekonomi Islam wujud teras utama pendidikan pengguna.

Selain daripada itu, meningkatkan penggunaan barangan tempatan berbanding dengan barangan import juga mampu untuk mengurangkan kadar inflasi. Usaha peningkatan tenaga kerja mahir dikalangan masyarakat setempat juga harus dilaksanakan. Hal ini mampu menyediakan peluang pekerjaan kepada masyarakat. Selain daripada itu, pendidikan etika kepada peniaga dan pengguan perlu diterapakan supaya kedua-dua unit pasaran ini bertindak adil dan bertanggungjawab dalam melaksanakan peranan masing-masing.

PERUNDANGAN ISLAM....... 9:37 PM

Pelaksanaan perundangan Islam di dalam sesebuah negara adalah sangat penting kerana dengan pelaksanaan tersebut dapat mengekalkan keharmonian hidup yang amat diperlukan manusia.
Islam mensyariatkan perundangan ini adalah untuk menjaga beberapa perkara yang merupakan keperluan asas bagi manusia, antaranya ialah:
I Untuk usaha menjaga agama, Islam mengharamkan riddah (murtad) dan mewajibkan hukuman mati ke atas sesiapa yang murtad di samping memberi kebebasan beragama kepada non-muslim kerana tiada paksaan di dalam beragama.
II. Untuk menjaga nyawa, Islam telah mengharamkan pembunuhan serta menetapkan hukuman qisas ataupun diyat atau Irsy terhadap sesiapa yang melakukan kesalahan bunuh dan yang berkaitan dengannya.
III. Untuk menjaga akal, Islam mengharamkan arak serta setiap yang memabukkan dan telah menetapkan hukuman kepada peminum arak iaitu dikenakan sebatan sebanyak 80 sebatan.
IIII. Untuk menjaga keturunan pula Islam mengharamkan perbuatan zina. Sesiapa yang didapati bersalah, Allah SWT telah menetapkan hukuman rejam sampai mati bagi sesiapa yang sudah berkahwin dan 100 kali sebatan kepada mereka yang masih bujang.V. Untuk menjaga maruah, Islam mengharamkan qazaf (menuduh tanpa bukti). Hukuman kepada pesalah qazaf iaitu sebatan sebanyak 80 kali.
VI. Untuk menjaga harta, Islam telah mengharamkan kegiatan sariqah (pencurian) serta hirabah (rompakan). Kepada pencuri dipotong tangannya sebagai hukuman. Manakala hukuman kepada perompak pula hendaklah dipotong tangan dan kakinya secara bersilang (tangan kanan kaki kiri). Sekiranya rompakan itu disertai dengan pembunuhan, maka hukuman mati hendaklah dijatuhkan terhadap pesalah oleh mahkamah.
Segala pembahagian hukuman ini adalah demi kesejahteraan serta kepentingan bersama. Samada penganut Islam mahupun selainnya. Pembahagian ini juga merupakan hukum yang telah sabit dalil pelaksanaannya daripada Al-Quran serta hadis Rasulullah as-Syarif. Bukan peraturan yang direka-cipta atau ditokok tambah oleh sesetengah pihak. Undang-undang Islam ini mempunyai tujuan dan matlamat yang lebih luas daripada mana-mana undang-undang ciptaan manusia. Ianya adalah untuk mengatur masyarakat serta bertujuan membina keperibadian dan juga akhlak yang baik. Menghubungkan ikatan antara manusia dengan Penciptanya dan antara manusia sesama manusia. Matlamatnya juga untuk menegakkan kemaslahatan umat manusia di dunia juga akhirat di samping memenuhi segala tuntutan dan kesempurnaan hidup mereka. Mengawal sifat-sifat terpuji serta menghindari perbuatan tercela.
Namun kini, terdapat sesetengah golongan yang mengatakan bahawa perundangan Islam ini adalah undang-undang lapuk, sudah tidak sesuai di zaman Internet Koridor Raya masa kini. Paling biadab lagi apabila ada yang mengatakan bahawa perundangan Islam adalah undang-undang yang zalim. Lebih malang, ada juga di kalangan penganut Islam sendiri yang terikut-ikut dengan rentak musuh-musuh yang secara terang ingin memperlekehkan ajaran Islam. Para ahli undang-undang Islam sudah banyak membincangkan falsafah hukuman atau keseksaan perundangan Islam. Kesimpulannya menunjukkan bahawa ianya adalah berasaskan keadilan mutlak dan sejagat. Setiap hukuman yang dikenakan adalah sepadan dan setimpal dengan kesalahan yang dilakukan. Hukuman tidak dilaksanakan dengan membabi buta serta tidak pula tanpa pertimbangan. Ia mengandungi falsafah keadilan yang unik dan universal serta berbeza dari semua hukuman atau keseksaan di dalam sistem undang-undang lain. Islam tidak membenarkan hukuman dijatuhkan berdasarkan hawa nafsu individu, masyarakat mahupun pemerintah. Tetapi ianya mestilah mengikut ketentuan daripada Allah yang maha Adil. Oleh kerana itu, segala hukumannya adalah benar-benar berkesan.Firman Allah Taala yang bermaksud:

(“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhan-Nya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar lagi sentiasa Melihat”)

Perundangan Islam tertegak di atas konsep keadilan sejagat. Apabila seseorang pemerintah itu menjalankan hukuman serta mematuhi segala etika ditetapkan Islam, maka tiada di dalam penghukumannya itu sebarang sikap pilih kasih. Jauh dari unsur-unsur asabiyah, amalan kronisma yang begitu menjelikkan. Tidak ada perbezaan samada pesalah ‘awam’ ataupun pesalah itu daripada golongan ‘orang besar’. Keadaan ini akan memberi impak yang positif terhadap kehidupan masyarakat majmuk. Demi memelihara kesaksamaan keadilan Islam, pernah di suatu hari Rasulullah SAW mengatakan bahawa seandainya puteri Baginda Fatimah az-Zahra mencuri, nescaya akan dipotong tangannya sebagaimana hukuman yang telah diwartakan oleh Islam kepada pencuri – Mafhum daripada Hadis Aisyah yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari.
Demikianlah indahnya apabila perundangan Islam serta syariatnya dilaksanakan secara menyeluruh. Sifat dan juga fitrah kejadian setiap manusia adalah sama. Samada daripada kalangan Islam mahupun golongan yang selainnya. Keadilan, kebenaran, kemuliaan peribadi, kedamaian dan apa jua yang berteras kebaikan adalah merupakan satu keperluan di dalam perjalanan hidup mereka di dunia ini.

4:20 PM

ROLE MODEL YANG NEGATIF…..

Nabil mendidik anaknya dengan tegas. Sebatang rotan sedia tergantung di salah satu sudut rumahnya. Aiman anak yang paling nakal di kalangan adik beradiknya. Acapkali mendapat hadiah "roti panjang" dari Nabil. Walaupun Aiman baru berumur 7 tahun, tetapi dia sudah lali mendengar cemuhan dari ayahnya diiringi dengan rotan. Oleh kerana Aiman tidak berubah sikap nakalnya, Nabil bertindak merotannya dengan lebih kuat sehingga Nabil menjerit-jerit kesakitan. Melihat keadaan itu, barulah Nabil berasa puas dan berharap aiman akan mengubah sikapnya.

Fenomena seperti ini salah satu contoh pada sesebuah rumahtangga. Si ibu atau si bapa ringan tangan untuk merotan dan memukul anak-anak dan ringan mulut untuk memarahi mereka dengan kata-kata yang pedas dengan harapan anak-anak akan berhenti berbuat nakal. Tetapi sebenarnya memperlakukan anak-anak sedemikian hakikatnya tidak dapat mengubah anak-anak menjadi baik. Sebaliknya ia akan menimbulkan reaksi negatif yang akan kelihatan pada tingkah laku dan akhlak mereka. Anak-anak hidup dalam ketakutan, cemas dan benci dengan orang yang menyakiti mereka. Hinggakan ada anak-anak yang sanggup membunuh disebabkan kekejaman yang mereka alami. Terdapat contoh anak-anak yang dibesarkan dengan kesakitan dan kezaliman lantas menyimpang dari jalan hidup yang harmoni dan akhirnya menjadi penjahat di tengah masyarakat.

Oleh demikian, Islam telah menggariskan panduan bagaimana seharusnya ibu bapa mendidik anak-anak. Islam memerintahkan setiap ibu bapa menjalankan tanggungjawab dengan baik. Ibu bapa hendaklah memiliki akhlak yang luhur, bersikap lemah lembut dan penuh kasih saying terhadap anak-anak. Dengan pendidikan seperti itulah anak-anak akan membesar menjadi seorang yang berani, berdikari, merasa ada harga diri, kehormatan dan kemuliaan. Tuntutan ini bersesuaian dengan firman Allah dalam al-Quran.

"Sekiranya kamu bersikap keras lagi kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu"(Ali Imran:159)
"serta ucapkanlah kata-kata yang baik kepada manusia." (al-Baqarah:83)

Inilah petunjuk Islam tentang kelembutan, kebaikan dan keutamaan di dalam pergaulan, termasuk pendidikan anak-anak.tidak ada jalan lain bagi ibu bapa, kecuali melaksanakan apa yang digariskan oleh Islam dalam mendidik anak-anak. Jika mereka menempuh secara naïf, memperlakukan anak-anak dengan kasar dan hukuman yang zalim bererti mereka telah berbuat dosa kepada dengan melemparkan mereka kepada pola kehidupan yang salah., dan di dalam suasan pendidikan yang salah. Mereka akhirnya akan melihat anak-anak mereka membesar mengikut jalan yang salah.