coretanku..... 10:01 AM

Alhamdulillah, bersyukur saya kehadrat Ilahi kerana dengan berkat dan izinnya dapat juga saya menyiapkan blog atau tugasan yang ditugaskan kepada saya. Tugasan ini merupakan tugasan individu kepada pelajar tahun 3 Jabatan Dakwah Dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Walaupun pada awalnya tugasan ini dirasakan amat berat, tetapi kini barulah saya sedar bahawa ia sangat bermanfaat . jika sebelum ini saya hanya mendengar perkataan blog, tapi hari ini saya telah berjaya mencipta sebuah blog saya sendiri hasil dari usaha sendiri. Terima kasih saya ucapkan kepada pensyarah saya Dr. Zulkifli bin Abdul Ghani kerana tunjuk ajar yang diberikan. Terima kasih juga kepada rakan-rakan yang memberikan tunjuk ajar.

Konsep blog saya ini adalah berasaskan perkongsian ilmu dan informasi yang bermanfaat. Blog saya mengandungi isu-isu, artikel, dan rencana yang berkaitan dengan hal-hal berbangkit contohnya akidah, ekonomi, pembinaan keluarga dan lain-lain. Blog saya ini diberi nama "mencari sinar yang hilang" berdasarkan konsep dan matlamat blog saya ini. Seperti yang telah dikatakan tadi, blog ini berkonsepkan perkongsian ilmu, jadi mencari sinar yang hilang ini simbolik dari konsep saya. Sinar yang dimaksudkan ialah ilmu-ilmu yang tidak ternilai dan tidak akan ditemui melainkan dengan cara kita yang mencarinya.


Semoga niat murni saya untuk sama-sama berkongsi ilmu dan informasi mendapat keredhaan allah dan sekaligus dapat memberi manfaat kepada orang lain. Wassalam..

1 comments:

Anonymous said...

Tahniah atas usahamu ....
moga setiap apa yang dihajati diberkati ilahi....
sama-samalah kita berdoa kepada yang maha esa