4:20 PM

ROLE MODEL YANG NEGATIF…..

Nabil mendidik anaknya dengan tegas. Sebatang rotan sedia tergantung di salah satu sudut rumahnya. Aiman anak yang paling nakal di kalangan adik beradiknya. Acapkali mendapat hadiah "roti panjang" dari Nabil. Walaupun Aiman baru berumur 7 tahun, tetapi dia sudah lali mendengar cemuhan dari ayahnya diiringi dengan rotan. Oleh kerana Aiman tidak berubah sikap nakalnya, Nabil bertindak merotannya dengan lebih kuat sehingga Nabil menjerit-jerit kesakitan. Melihat keadaan itu, barulah Nabil berasa puas dan berharap aiman akan mengubah sikapnya.

Fenomena seperti ini salah satu contoh pada sesebuah rumahtangga. Si ibu atau si bapa ringan tangan untuk merotan dan memukul anak-anak dan ringan mulut untuk memarahi mereka dengan kata-kata yang pedas dengan harapan anak-anak akan berhenti berbuat nakal. Tetapi sebenarnya memperlakukan anak-anak sedemikian hakikatnya tidak dapat mengubah anak-anak menjadi baik. Sebaliknya ia akan menimbulkan reaksi negatif yang akan kelihatan pada tingkah laku dan akhlak mereka. Anak-anak hidup dalam ketakutan, cemas dan benci dengan orang yang menyakiti mereka. Hinggakan ada anak-anak yang sanggup membunuh disebabkan kekejaman yang mereka alami. Terdapat contoh anak-anak yang dibesarkan dengan kesakitan dan kezaliman lantas menyimpang dari jalan hidup yang harmoni dan akhirnya menjadi penjahat di tengah masyarakat.

Oleh demikian, Islam telah menggariskan panduan bagaimana seharusnya ibu bapa mendidik anak-anak. Islam memerintahkan setiap ibu bapa menjalankan tanggungjawab dengan baik. Ibu bapa hendaklah memiliki akhlak yang luhur, bersikap lemah lembut dan penuh kasih saying terhadap anak-anak. Dengan pendidikan seperti itulah anak-anak akan membesar menjadi seorang yang berani, berdikari, merasa ada harga diri, kehormatan dan kemuliaan. Tuntutan ini bersesuaian dengan firman Allah dalam al-Quran.

"Sekiranya kamu bersikap keras lagi kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu"(Ali Imran:159)
"serta ucapkanlah kata-kata yang baik kepada manusia." (al-Baqarah:83)

Inilah petunjuk Islam tentang kelembutan, kebaikan dan keutamaan di dalam pergaulan, termasuk pendidikan anak-anak.tidak ada jalan lain bagi ibu bapa, kecuali melaksanakan apa yang digariskan oleh Islam dalam mendidik anak-anak. Jika mereka menempuh secara naïf, memperlakukan anak-anak dengan kasar dan hukuman yang zalim bererti mereka telah berbuat dosa kepada dengan melemparkan mereka kepada pola kehidupan yang salah., dan di dalam suasan pendidikan yang salah. Mereka akhirnya akan melihat anak-anak mereka membesar mengikut jalan yang salah.

2 comments:

tymoon said...

saya bersetuju dengan apa yang diutarakan oleh penulis. mendidik anak-anak zaman kini perlu lah menggunakan psikologi dan bukan lagi kekerasan..

Anonymous said...

em btl3..
tp kdg2 kekerasan tu pn perlu gak..
tp jgn la terlalu keras..sbb anti takut anak2 ni memberontak plak..
maklumla anak2 skrg lain pesen sket..huhu
(^.^)